Pages

genap sebulan

Bismillahirahmanirahim..
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

1.6.2012-1.7.2012.. genap sebulan pemergian mok kembali ke rahmatulAllah.. Dari Allah kita datang,kepada Allah jualah kita kembali.terasa terlalu cepat masa berlalu. bagaikan ternampak-nampak lagi bayangan mok ketika mok senyum,ketika mok makan,ketika mok tidur,ketika mok bercakap dan terlalu banyak ketika kalau nak dihuraikan satu persatu.walaupun aku tidak banyak kenangan masa kecil sepert abang2 aku angah abe cik tapi aku agak rapat dengan mok sebab aku boleh dikira cucu perempuan pertama mok dengan ayah.yang lain bru berumur 10-1 tahun.

dua tahun lebih mok tggl dirumah kami meninggalkan terlalu banyak kenangan manis.sehinggakan aku buleh athu aktiviti seharian mok.yang pasti cerita indonesiannya tidak pernah miss..hehe..mok..mok.. mok tahu pasal cerita indon pum dari aku. citer anugerah,puteri yang ditukar n cerita paling mok minat nabila. aku pulang dari sekolah pukul 2.15ptg pastinya mok berada di depan tv bersama-sama dengan tukang pengulasnya yang setia,kak da(orang jaga mok). lepas abis cerita tu bru mok akan pegi makan nasi, kadang-kadang makan bersama aku dan ma.pada waktu petang,5.30-6.30ptg pula sekali lagi mok dan pengulasnya, setia depan tv utk tgk citer indon siri ke-dua.Antara part yang paling aku suka masa pukul 6.30-7.00 mok akan duduk kat beranda rumah  utk tgk aku,abe yie,aje n apih main badminton.mok x turun pom kat bawah sebab x larat katanya. mok terkadang tersenyum melihat aku dan adik beradik bermain.tiap-tiap malam mok akan solat magrib dalam biliknya dan duduk atas tikar sejadah sampai lah azan isyak berkumandang dan terus menunaikan solat isyak.padan la kate abe cik,mok meninggalkan kita semua saat seluruh masjid terdekat melaungkan azan isyak,sungguh mok meninggal dalam keadaan yang cukup senang.Alhamdullilah.

aku jugak masih ingt ayat terakhir mok bercakap dengan aku 25.6 seminggu sebelum mok xdop.mok mintak aku ambilkan nasi dan air untuknya.ketika itu mok dah mula lemah.mok hanya duduk atas kerusi,petang keesokannya mok dimasukkan dlm hospital.Alhamdullilah sekali lagi aku mengucapkan syukur,kerana aku diberi peluang untuk menunggu mok dengan ma selama seminggu sepanjang mok dlm hospital.tiap kali aku jenguk mok dlm wad ccu pastinya akan mengalirkan air mata sebab x sanggup tgk mok yang bersirat dengan wayar. hurmm nampak sgt la aku ni xde bakat nk jadi doktor.x tahan tgk wayar yang bersirat dan jarum.tiap kali pegi jenguk mok juga aku pasti menyentuh tubuh mok x kira kaki,tangan,lengan.mok meninggal pada hari jumaat lebih kurang pada pukul 8.45mlm.Alhamdullilah mok meninggal dirumahnya seperti yang dingini sebelum ni.kubur mok dekat sgt dengan bilik mok.sampaikan aku tidur diruang tamu rumah mok buleh dgr abang-abang sedang baca yasin di kubur.

tanpa sedar dah sebulan mok meninggalkan kami.terasa baru semalam aku tidur di hospital tunggu mok,terasa baru semalam aku tgk mok di ccu,terasa baru semalam aku membaca yassin di wad ketika mok kritikal,terasa baru semalam aku melihat mok.mok ct rindu sgt mok.banyak benda yang buat ct ingt kat mok. masa mok masih sihat,mok selalu datang ngan ayah ptg2 pastu mok msti bawa goreng pisang dan yang pastinya ade coklat dlm purse mok.mok akan pggl kami adik bradik n bahagi kan coklat tu.mok jugak ade tanya aku haritu 't nak gapo hadiah dpt 8A pmr' masa tu ct malu-malu nak jawab tapi skrg ct tahu dah ct  nak ape mok. ct nak mok.sbb kalau mok ado mama xkan sedih mcm skrg.mama mesti xkan berubah jadi mcm sekarang. ct bukan sahaja kehilangan mok tapi ct jugak kehilangan mama.mama dah x seceria dlu mok. mungkin abang-abang x perasan sbb semua belajar luar pada kelantan.tapi ct tiap-tiap hari tgk ma dan duduk dgn ma.terasa sgt sunyi sekarang.suasana rumah dah x macam dlu.mungkin ma masih perlukan masa.tapi aku jugak tahu kematian ni Allah dah tentukan.x kan cepat atau lambat walaupun sesaat.ct doakan mok tenang disana.

kalau nak cerita satu persatu kenangan bersama mok mungkin tidak ada penghujungnya.aku berhenti sampai disini.insyaAllah lain kali sambung lagi...

YA ALLAH,YA RAHMAN YA RAHIM,ENGKAU TEMPATKAN LA MOK DITEMPAT ORANG-ORANG YANG BERIMAN..AMIN..AMIN..YA RABBALALAMIN..



rindu mok sgt2..

No comments:

Post a Comment