Pages

hukum wanita memakai stokin

Assalamualaikum..

ramai yang memandang remeh tentang memakai stokin..memakai stokin itu TIDAK WAJIB tapi menutup aurat itu WAJIB.



video


Yang mana baik dan benar ambil dan amalkanlah kerana ianya dari Allah. Yang mana buruk dan salah buanglah dan tegurlah sesama muslim.Kita sama-sama usahakannya.

punca kematian si dia

Assalamualaikum..

Al-Fatihah untuk jiran merangkap kawan aku..ayuni...
 
Nak kata kami ni kawan rapat tu tak la tapi pernah bertegur sapa dan pernah belajar mengaji al-Quran sama-sama masa sekolah rendah.Arwah tua dua tahun dari aku.Sungguh aku terkejut sangat bila tahu dia meninggal.biasanya kalau aku keluar pegi beli barang kat kedai runcit mesti nampak arwah. arwah lebih pendiam jika nak dibandingkan dengan rakan-rakan arwah yang lain. bila dapat thu arwah meninggal aku cepat-cepat bersiap and terus pegi rumah dia. longlai lutut aku kejap masa aku tgk jenazah beliau. ape yang aku pikir masa tu ajal datang menjemput tidak kira umur kita masih muda atau sudah berumur. lepas tgk jenazah,sedekahkan al-fatihah untuk arwah,aku dengan mama pegi jumpa mak arwah. keluarga arwah nampak tenang dan redha dengan pemergian arwah.kata mak arwah biarlah arwah pegi dengan tenang.klu ditahan pom seksa arwah..aku mula b'pikir..sakit ape arwah ni sebenarnya.? dah hampir 3 bulan jugak aku x nampak dia.bila tanya mak arwah rupa-rupanya arwah menghidap penyakit SLE..! wah mula-mula tu blurr jugak muka aku.x thu penyakit ape tu,.tapi diamkan saje. balik umah cepat-cepat surf dalam ternet,So dapat la jugak info-info pasal penyakit SLE a.k.a Systemic Lupus Erythematosus.
 
 
Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.
 
 
Statistik
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang

Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.

 
Apa itu SLE?
Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.
 
 
SLE – Elak Stres, Fikir Positif

Pesakit SLE tidak perlu terlalu gusar kerana penyakit ini boleh dirawat dan sebagai memperbetulkan salah tanggapan – SLE bukan sejenis penyakit berjangkit.Berita baiknya juga, pesakit wanita yang berkahwin juga boleh hamil dan mendapatkan zuriat sendiri, tentunya di bawah pengawasan doktor.Lupus mengambil sempena nama `serigala’ dalam bahasa latin kerana ciri-ciri persamaan menyerang di antara kedua-duanya.
Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan kali pertama.Dalam sesetengah kes, ia boleh mengambil masa yang lama sebelum disahkan oleh doktor.

Pakar Perubatan Unit Reumatologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Shahrir Mohammed Said berkata, SLE merupakan satu penyakit pelbagai organ yang kronik dan kadangkala membahayakan nyawa!Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza. Prevalens SLE mencatatkan nisbah antara 40 hingga 50 kes bagi 100,000 penduduk.Terdapat lebih ramai pesakit wanita berbanding lelaki dengan nisbahnya 10:1, terutamanya di kalangan wanita yang berada pada tahap subur, berusia 20 hingga 40 tahun.

Punca-punca
Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr.Dalam kebanyakan pesakit SLE, terdapat gen-gen tertentu yang lebih banyak frekuensinya berbanding dengan mereka yang sihat.

Kebarangkalian mewarisi gen-gen itu adalah tinggi bagi keturunan pesakit tersebut biarpun bukan seratus peratus.Unsur ultraungu di dalam sinaran matahari merangsang sel-sel keratin di dalam kulit untuk mewujudkan protein-protein asing di permukaan sel.Kesemua faktor di atas akan berhubung kait antara satu sama lain dan mewujudkan antibodi terhadap tisu-tisu badan dan penghasilan kompleks imun.Kompleks-kompleks inilah yang bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di dalam badan pesakit SLE.

Gejala-Gejala SLE
- Sakit sendi atau bengkak sendi/artritis
- Rasa lesu 50 peratus.
- Demam yang tidak tentu
- Pecah-pecah mulut
- Masalah kulit
- Buah Pinggang
- Sistem Saraf
- Gugur rambut
- Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka
- Kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platelet rendah
- Sawan
- gangguan urat saraf.

Perhatian
Kebanyakan pesakit SLE sudah pun mempunyai gejala-gejala seperti di atas semasa berjumpa doktor.Gejala-gejala ini boleh timbul secara sendirian lantas menyukarkan diagnosis ataupun secara serentak.Ia juga boleh timbul pada masa-masa berlainan yang boleh menyebabkan tertundanya diagnosis SLE.

Diagnosis
Selain beberapa ujian darah yang diperlukan, ujian air kencing juga diperlukan bagi mengesan protein dan sel darah merah termasuk yang abnormal di dalam air kencing, di samping mengukur kandungan protein di dalam air kencing yang berkaitan dengan tahap kreatinin.

Penglibatan organ-organ dalaman seperti buah pinggang, perlu dikesan lebih awal kerana kerosakan organ tersebut berlaku secara halus sebelum siasatan darah menjadi abnormal.

Rawatan
- Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.

Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.
- Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE. Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku di dalam pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.

- Senaman; kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.

Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
- Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.
- Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.
- Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.

Peluang kehamilan
Sehingga kini, belum ada bukti-bukti yang menunjukkan SLE menyebabkan masalah ketidaksuburan di kalangan penghidapnyaSebelum tahun 1990, pesakit SLE dinasihatkan supaya tidak hamil. Ini kerana risiko keguguran adalah tinggi selain mendatangkan masalah kepada ibu dan janin.Bagaimanapun perkembangan pantas dalam dunia perubatan hari ini telah memberi berita baik bagi wanita, iaitu kehamilan tidak membahayakan mereka.Ini kerana kemungkinan SLE menjadi aktif adalah rendah disebabkan penyakit itu sudah boleh dikawal.Paling penting, andai pesakit SLE ingin mengandung, mereka perlulah mendapatkan kaunseling dengan pakar reumatologi dan juga pakar sakit puan dan perbidanan.Pesakit akan mengalami masalah sekiranya penyakit itu aktif semasa mengandung serta penyakit buah pinggang yang aktif.Apa yang penting di sini adalah pesakit mengandung jangan berlengah berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan susulan yang kerap bagi mengesan SLE daripada menjadi aktif.(sumber : Google)
 
 
 

 

apabila bergabung kuasa

Assalamualaikum...

Ehem.ehem bismillahirahmanirahim lamanya x mengupdate blog ni. sibuk tu sememangnya sibuk tambah pulak xde benda penting yang nak dikongsi..hehehe.
ok ok now back to the topic.. APABILA BERGABUNG KUASA.. o0ops... jgn salah paham pulak..ni bukannya main power rangers,batman or seangkatan dengannya..nak main kuasa-kuasa semua ni.. =.='..kuasa disini merujuk kepada aku dan sepupu-sepupuku. aku agak rapat dengan sepupu belah mama jika nak dibandingkan dengan belah papa..yealah sepupu-sepupu belah papa semuanya duk kat luar kan,so jarang-jarang la dapat jumpa.memandangkan cuti masih pjg dan kelas tambahan pom belum mula.ape lagi ambek kesempatan dlm kesempitan la..hehe. HANG OUT.! tapi kat KB Mall jea kot.mane boleh jauh-jauh.bonda x bagi. hurm tapi sah-sah la aku kena bawak salah satu tentera aku.kali ni abe cik jadi mangsa utk temankan aku.ok la tu jimat,x payah tambang teksi..alang-alang dah kluar ni aku ajak la bff aku jugak. malu la aku sorang perempuan..yang lain semua laki.maklum la.family aku ni memang kureng perempuan..dlm kalangan sepupu aku pom aku sorang jea perempuan.yang lain ade tapi semua umur bawah 10 tahun.
kreatif x.??hukhek

Bila dah buleh hang out sama-sama ni mula la perangai hantu keluar..haha..x senonoh betul anak cikgu fikri ngan cikgu saloma ni.macam-macam cerita yang keluar.ade yang penting dan ade yang x penting langsung.! aku and cik adik manis kat atas tu ape lagi..masuk popular la..tempat wajib kalau pegi kb Mall. novel.novel.. hehe. hasilnya..aku beli la novel ni.. ''perempuan lindungan kaabah''.ok not bad la..

 lepas borong novel kami kanak-kanak ribena ni pi la kat main bowling.tapi  x jadi masuk.segan eh! hehe. terus jea pegi kedai baju..almaklum la ijak,firas n amak nak beli baju. mak o0ii punya la lame nak pilih..ade la lebih kurang 50minit gitu.. kalah perempuan..aku dengan eyqah pom yang perempuan  xder la lame sgt nk pilih baju.. sabor jealah! lepas tu baru pegi MAKAN..! hehe hurmm standard la kan makan kfc jealah..memandangkan duit semua tggl 10ringgit jea lagi. yummy2~~

muka kekenyangan..!

Best sgt2 dpt makan sama2 hehe..tapi yang x bestnya sebelum makan tu ijak,firas and amak ngap aku dulu.! uhh..hahha. ade ke patut bagi aku makan sos jea..nak bagi aku slim..po0rahh.! bukan slim tapi sembelit la aku jawabnya.! makan..makan..makan.. sambil makan sambil berbual..nasib baik cik adik manis ada..xder la aku boring and segan sgt..lepas makan tu ape lagi.. bergambo0 la kita.. 

taaa daaaaaaaaaaa
                                  letih  daaa..!

amak(irsyad),firas and izzat


apabila 4 sepupu berkumpul..*muka ceria

setakat ni la dulu yea.. hope lain kali kita boleh keluar lagi erk..sebenarnya ni x cukup geng lagi ni..sorang lagi x join.. amir xleh ikut sebb pegi bercuti.!! buah tgn jgn lupa yea amea.. (n_n)

Assalamualaikum w.b.t