Nak kata kami ni kawan rapat tu tak la tapi pernah bertegur sapa dan pernah belajar mengaji al-Quran sama-sama masa sekolah rendah.Arwah tua dua tahun dari aku.Sungguh aku terkejut sangat bila tahu dia meninggal.biasanya kalau aku keluar pegi beli barang kat kedai runcit mesti nampak arwah. arwah lebih pendiam jika nak dibandingkan dengan rakan-rakan arwah yang lain. bila dapat thu arwah meninggal aku cepat-cepat bersiap and terus pegi rumah dia. longlai lutut aku kejap masa aku tgk jenazah beliau. ape yang aku pikir masa tu ajal datang menjemput tidak kira umur kita masih muda atau sudah berumur. lepas tgk jenazah,sedekahkan al-fatihah untuk arwah,aku dengan mama pegi jumpa mak arwah. keluarga arwah nampak tenang dan redha dengan pemergian arwah.kata mak arwah biarlah arwah pegi dengan tenang.klu ditahan pom seksa arwah..aku mula b'pikir..sakit ape arwah ni sebenarnya.? dah hampir 3 bulan jugak aku x nampak dia.bila tanya mak arwah rupa-rupanya arwah menghidap penyakit SLE..! wah mula-mula tu blurr jugak muka aku.x thu penyakit ape tu,.tapi diamkan saje. balik umah cepat-cepat surf dalam ternet,So dapat la jugak info-info pasal penyakit SLE a.k.a Systemic Lupus Erythematosus.
Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan
protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi
ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang.
Punca penyakit SLE tidak diketahui.
Statistik
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang
Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.
Apa itu SLE?
Ia
adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem
ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi
tubuh daripada serangan benda asing.Sistem ketahanan tubuh akan
menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh
dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan
jangkitan organisma itu.Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil
menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit
boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.
SLE – Elak Stres, Fikir Positif
Pesakit SLE tidak perlu terlalu gusar kerana penyakit ini boleh dirawat dan sebagai memperbetulkan salah tanggapan – SLE bukan sejenis penyakit berjangkit.Berita
baiknya juga, pesakit wanita yang berkahwin juga boleh hamil dan
mendapatkan zuriat sendiri, tentunya di bawah pengawasan doktor.Lupus
mengambil sempena nama `serigala’ dalam bahasa latin kerana ciri-ciri
persamaan menyerang di antara kedua-duanya.
Ia
boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran
liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan kali
pertama.Dalam sesetengah kes, ia boleh mengambil masa yang lama sebelum
disahkan oleh doktor.
Pakar Perubatan Unit Reumatologi,
Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd.
Shahrir Mohammed Said berkata, SLE merupakan satu penyakit pelbagai organ yang kronik dan kadangkala membahayakan nyawa!Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza. Prevalens SLE mencatatkan
nisbah antara 40 hingga 50 kes bagi 100,000 penduduk.Terdapat lebih
ramai pesakit wanita berbanding lelaki dengan nisbahnya 10:1,
terutamanya di kalangan wanita yang berada pada tahap subur, berusia 20
hingga 40 tahun.
Punca-punca
Punca
sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar
mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik,
hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein
Barr.Dalam kebanyakan pesakit SLE, terdapat gen-gen tertentu yang lebih banyak frekuensinya berbanding dengan mereka yang sihat.
Kebarangkalian mewarisi gen-gen itu
adalah tinggi bagi keturunan pesakit tersebut biarpun bukan seratus
peratus.Unsur ultraungu di dalam sinaran matahari merangsang sel-sel
keratin di dalam kulit untuk mewujudkan protein-protein asing di
permukaan sel.Kesemua faktor di atas akan berhubung kait antara satu
sama lain dan mewujudkan antibodi terhadap tisu-tisu badan dan
penghasilan kompleks imun.Kompleks-kompleks inilah yang
bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di dalam badan pesakit SLE.
Gejala-Gejala SLE
- Sakit sendi atau bengkak sendi/artritis
- Rasa lesu 50 peratus.
- Demam yang tidak tentu
- Pecah-pecah mulut
- Masalah kulit
- Buah Pinggang
- Sistem Saraf
- Gugur rambut
- Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka
- Kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platelet rendah
- Sawan
- gangguan urat saraf.
Perhatian
Kebanyakan pesakit SLE
sudah pun mempunyai gejala-gejala seperti di atas semasa berjumpa
doktor.Gejala-gejala ini boleh timbul secara sendirian lantas
menyukarkan diagnosis ataupun secara serentak.Ia juga boleh timbul pada
masa-masa berlainan yang boleh menyebabkan tertundanya diagnosis SLE.
Diagnosis
Selain
beberapa ujian darah yang diperlukan, ujian air kencing juga
diperlukan bagi mengesan protein dan sel darah merah termasuk yang
abnormal di dalam air kencing, di samping mengukur kandungan protein di
dalam air kencing yang berkaitan dengan tahap kreatinin.
Penglibatan organ-organ dalaman
seperti buah pinggang, perlu dikesan lebih awal kerana kerosakan organ
tersebut berlaku secara halus sebelum siasatan darah menjadi abnormal.
Rawatan
- Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan
penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan
darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan sesuatu
organ itu.
Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.
- Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE
yang dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan
kalori yang bertambah.Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE.
Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang
berlebihan.Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku di dalam
pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.Oleh
itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah
lemak.Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras
kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.Kebanyakan pesakit SLE juga
mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima
steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk
meminimumkan kehilangan tulang.
- Senaman; kekurangan aktiviti
badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan
otot-otot badan dan pengurangan stamina.
Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
- Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.
- Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.
- Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.
Peluang kehamilan
Sehingga kini, belum ada bukti-bukti yang menunjukkan SLE menyebabkan masalah ketidaksuburan di kalangan penghidapnyaSebelum tahun 1990, pesakit SLE
dinasihatkan supaya tidak hamil. Ini kerana risiko keguguran adalah
tinggi selain mendatangkan masalah kepada ibu dan janin.Bagaimanapun
perkembangan pantas dalam dunia perubatan hari ini telah memberi berita
baik bagi wanita, iaitu kehamilan tidak membahayakan mereka.Ini kerana
kemungkinan SLE menjadi aktif adalah rendah disebabkan penyakit itu sudah boleh dikawal.Paling penting, andai pesakit SLE
ingin mengandung, mereka perlulah mendapatkan kaunseling dengan pakar
reumatologi dan juga pakar sakit puan dan perbidanan.Pesakit akan
mengalami masalah sekiranya penyakit itu aktif semasa mengandung serta
penyakit buah pinggang yang aktif.Apa yang penting di sini adalah
pesakit mengandung jangan berlengah berjumpa doktor dan mendapatkan
rawatan susulan yang kerap bagi mengesan SLE daripada menjadi aktif.(sumber : Google)
No comments:
Post a Comment