Pages

Jangan Banyak Cakap




Nabi saw. bersabda, "Janganlah banyak bercakap selain untuk berzikir kepada Allah, sesungguhnya banyak bercakap akan menyebabkan hati menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah ialah mereka yang berhati keras". (HR Tirmizi)

hukum wanita memakai stokin

Assalamualaikum..

ramai yang memandang remeh tentang memakai stokin..memakai stokin itu TIDAK WAJIB tapi menutup aurat itu WAJIB.





Yang mana baik dan benar ambil dan amalkanlah kerana ianya dari Allah. Yang mana buruk dan salah buanglah dan tegurlah sesama muslim.Kita sama-sama usahakannya.

punca kematian si dia

Assalamualaikum..

Al-Fatihah untuk jiran merangkap kawan aku..ayuni...
 
Nak kata kami ni kawan rapat tu tak la tapi pernah bertegur sapa dan pernah belajar mengaji al-Quran sama-sama masa sekolah rendah.Arwah tua dua tahun dari aku.Sungguh aku terkejut sangat bila tahu dia meninggal.biasanya kalau aku keluar pegi beli barang kat kedai runcit mesti nampak arwah. arwah lebih pendiam jika nak dibandingkan dengan rakan-rakan arwah yang lain. bila dapat thu arwah meninggal aku cepat-cepat bersiap and terus pegi rumah dia. longlai lutut aku kejap masa aku tgk jenazah beliau. ape yang aku pikir masa tu ajal datang menjemput tidak kira umur kita masih muda atau sudah berumur. lepas tgk jenazah,sedekahkan al-fatihah untuk arwah,aku dengan mama pegi jumpa mak arwah. keluarga arwah nampak tenang dan redha dengan pemergian arwah.kata mak arwah biarlah arwah pegi dengan tenang.klu ditahan pom seksa arwah..aku mula b'pikir..sakit ape arwah ni sebenarnya.? dah hampir 3 bulan jugak aku x nampak dia.bila tanya mak arwah rupa-rupanya arwah menghidap penyakit SLE..! wah mula-mula tu blurr jugak muka aku.x thu penyakit ape tu,.tapi diamkan saje. balik umah cepat-cepat surf dalam ternet,So dapat la jugak info-info pasal penyakit SLE a.k.a Systemic Lupus Erythematosus.
 
 
Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.
 
 
Statistik
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang

Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.

 
Apa itu SLE?
Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.
 
 
SLE – Elak Stres, Fikir Positif

Pesakit SLE tidak perlu terlalu gusar kerana penyakit ini boleh dirawat dan sebagai memperbetulkan salah tanggapan – SLE bukan sejenis penyakit berjangkit.Berita baiknya juga, pesakit wanita yang berkahwin juga boleh hamil dan mendapatkan zuriat sendiri, tentunya di bawah pengawasan doktor.Lupus mengambil sempena nama `serigala’ dalam bahasa latin kerana ciri-ciri persamaan menyerang di antara kedua-duanya.
Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan kali pertama.Dalam sesetengah kes, ia boleh mengambil masa yang lama sebelum disahkan oleh doktor.

Pakar Perubatan Unit Reumatologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Shahrir Mohammed Said berkata, SLE merupakan satu penyakit pelbagai organ yang kronik dan kadangkala membahayakan nyawa!Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza. Prevalens SLE mencatatkan nisbah antara 40 hingga 50 kes bagi 100,000 penduduk.Terdapat lebih ramai pesakit wanita berbanding lelaki dengan nisbahnya 10:1, terutamanya di kalangan wanita yang berada pada tahap subur, berusia 20 hingga 40 tahun.

Punca-punca
Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr.Dalam kebanyakan pesakit SLE, terdapat gen-gen tertentu yang lebih banyak frekuensinya berbanding dengan mereka yang sihat.

Kebarangkalian mewarisi gen-gen itu adalah tinggi bagi keturunan pesakit tersebut biarpun bukan seratus peratus.Unsur ultraungu di dalam sinaran matahari merangsang sel-sel keratin di dalam kulit untuk mewujudkan protein-protein asing di permukaan sel.Kesemua faktor di atas akan berhubung kait antara satu sama lain dan mewujudkan antibodi terhadap tisu-tisu badan dan penghasilan kompleks imun.Kompleks-kompleks inilah yang bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di dalam badan pesakit SLE.

Gejala-Gejala SLE
- Sakit sendi atau bengkak sendi/artritis
- Rasa lesu 50 peratus.
- Demam yang tidak tentu
- Pecah-pecah mulut
- Masalah kulit
- Buah Pinggang
- Sistem Saraf
- Gugur rambut
- Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka
- Kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platelet rendah
- Sawan
- gangguan urat saraf.

Perhatian
Kebanyakan pesakit SLE sudah pun mempunyai gejala-gejala seperti di atas semasa berjumpa doktor.Gejala-gejala ini boleh timbul secara sendirian lantas menyukarkan diagnosis ataupun secara serentak.Ia juga boleh timbul pada masa-masa berlainan yang boleh menyebabkan tertundanya diagnosis SLE.

Diagnosis
Selain beberapa ujian darah yang diperlukan, ujian air kencing juga diperlukan bagi mengesan protein dan sel darah merah termasuk yang abnormal di dalam air kencing, di samping mengukur kandungan protein di dalam air kencing yang berkaitan dengan tahap kreatinin.

Penglibatan organ-organ dalaman seperti buah pinggang, perlu dikesan lebih awal kerana kerosakan organ tersebut berlaku secara halus sebelum siasatan darah menjadi abnormal.

Rawatan
- Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.

Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.
- Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE. Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku di dalam pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.

- Senaman; kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.

Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
- Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.
- Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.
- Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.

Peluang kehamilan
Sehingga kini, belum ada bukti-bukti yang menunjukkan SLE menyebabkan masalah ketidaksuburan di kalangan penghidapnyaSebelum tahun 1990, pesakit SLE dinasihatkan supaya tidak hamil. Ini kerana risiko keguguran adalah tinggi selain mendatangkan masalah kepada ibu dan janin.Bagaimanapun perkembangan pantas dalam dunia perubatan hari ini telah memberi berita baik bagi wanita, iaitu kehamilan tidak membahayakan mereka.Ini kerana kemungkinan SLE menjadi aktif adalah rendah disebabkan penyakit itu sudah boleh dikawal.Paling penting, andai pesakit SLE ingin mengandung, mereka perlulah mendapatkan kaunseling dengan pakar reumatologi dan juga pakar sakit puan dan perbidanan.Pesakit akan mengalami masalah sekiranya penyakit itu aktif semasa mengandung serta penyakit buah pinggang yang aktif.Apa yang penting di sini adalah pesakit mengandung jangan berlengah berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan susulan yang kerap bagi mengesan SLE daripada menjadi aktif.(sumber : Google)
 
 
 

 

apabila bergabung kuasa

Assalamualaikum...

Ehem.ehem bismillahirahmanirahim lamanya x mengupdate blog ni. sibuk tu sememangnya sibuk tambah pulak xde benda penting yang nak dikongsi..hehehe.
ok ok now back to the topic.. APABILA BERGABUNG KUASA.. o0ops... jgn salah paham pulak..ni bukannya main power rangers,batman or seangkatan dengannya..nak main kuasa-kuasa semua ni.. =.='..kuasa disini merujuk kepada aku dan sepupu-sepupuku. aku agak rapat dengan sepupu belah mama jika nak dibandingkan dengan belah papa..yealah sepupu-sepupu belah papa semuanya duk kat luar kan,so jarang-jarang la dapat jumpa.memandangkan cuti masih pjg dan kelas tambahan pom belum mula.ape lagi ambek kesempatan dlm kesempitan la..hehe. HANG OUT.! tapi kat KB Mall jea kot.mane boleh jauh-jauh.bonda x bagi. hurm tapi sah-sah la aku kena bawak salah satu tentera aku.kali ni abe cik jadi mangsa utk temankan aku.ok la tu jimat,x payah tambang teksi..alang-alang dah kluar ni aku ajak la bff aku jugak. malu la aku sorang perempuan..yang lain semua laki.maklum la.family aku ni memang kureng perempuan..dlm kalangan sepupu aku pom aku sorang jea perempuan.yang lain ade tapi semua umur bawah 10 tahun.
kreatif x.??hukhek

Bila dah buleh hang out sama-sama ni mula la perangai hantu keluar..haha..x senonoh betul anak cikgu fikri ngan cikgu saloma ni.macam-macam cerita yang keluar.ade yang penting dan ade yang x penting langsung.! aku and cik adik manis kat atas tu ape lagi..masuk popular la..tempat wajib kalau pegi kb Mall. novel.novel.. hehe. hasilnya..aku beli la novel ni.. ''perempuan lindungan kaabah''.ok not bad la..

 lepas borong novel kami kanak-kanak ribena ni pi la kat main bowling.tapi  x jadi masuk.segan eh! hehe. terus jea pegi kedai baju..almaklum la ijak,firas n amak nak beli baju. mak o0ii punya la lame nak pilih..ade la lebih kurang 50minit gitu.. kalah perempuan..aku dengan eyqah pom yang perempuan  xder la lame sgt nk pilih baju.. sabor jealah! lepas tu baru pegi MAKAN..! hehe hurmm standard la kan makan kfc jealah..memandangkan duit semua tggl 10ringgit jea lagi. yummy2~~

muka kekenyangan..!

Best sgt2 dpt makan sama2 hehe..tapi yang x bestnya sebelum makan tu ijak,firas and amak ngap aku dulu.! uhh..hahha. ade ke patut bagi aku makan sos jea..nak bagi aku slim..po0rahh.! bukan slim tapi sembelit la aku jawabnya.! makan..makan..makan.. sambil makan sambil berbual..nasib baik cik adik manis ada..xder la aku boring and segan sgt..lepas makan tu ape lagi.. bergambo0 la kita.. 

taaa daaaaaaaaaaa
                                  letih  daaa..!

amak(irsyad),firas and izzat


apabila 4 sepupu berkumpul..*muka ceria

setakat ni la dulu yea.. hope lain kali kita boleh keluar lagi erk..sebenarnya ni x cukup geng lagi ni..sorang lagi x join.. amir xleh ikut sebb pegi bercuti.!! buah tgn jgn lupa yea amea.. (n_n)

Assalamualaikum w.b.t

selamat menjadi tua.!

Assalamualaikum..

jeng-jeng-jeng!


hepi b'day lurve..!! hehe..hari ni rasanya daa lebih 10 kali wish kat budak tua ni..hehe.. ni kali terakhir aku wish erkk lurve..
HAPPY BIRTHDAY..!
haa,tgk tu kali ni aku betul2 serius dgn ucapan aku..semua guna huruf besar tu..hurmm ucapan..?? rasanya dah panjang lebar aku wish kat b'day girl ni semalam.. tapi x pe la..ucap byk2 jadi satu doa..dan insyaAllah doa tu dimakbulkan yang Maha Esa..

ehem-ehem..selamat ulang tahun yang ke-16 special utk my lurve yang teramat aku sayang..NURUL SHAFIQAH BINTI GHAZALI..! kah,kah teruskan jadi diri kah sekrang.jangan pernah berubah w/p 1%. sesungguhnya kah terlalu istimewa buat aku.kadang2 baik..kadang2 terlebih jahat..hehe..h0pe sgt kita xakan pisah.tapi benda tu impossible right..? aku x tahu mcm mane jadi kat aku klu kah xdop nk hadapi semua masalah. kadang2 banyak bndo aku cerita kat kah tapi x pernah pom citer kat org lain even sorang lagi lurve aku-MAMA-. kah terlalu byk t0l0m aku..hehe..thanx jugak sbb kah x pernah boring dgn aku. kadang2 ade org tanya..'aishh x boring ke dua org ni,duk skali jah sokmo'..hehe,,x thu la bgi aku xdop istilah boring dlm persahabatan kita.. kah blajar bersungguh-sungguh..oopss not eyqah sajo tapi aku jugak.. terlalu byk mak ayah kita korbankan duit n masa utk kejayaan kita. 

kawan-kawan selalu cakap 'wah kah ni lembut la,wah kah ni x cepat marah la,wah kah tu la..wah kah ni la' hehehe..kadang2 aku tersenyum sndiri dengan ucapan tu..ada yang betul tapi rasanya  xlah 100% betul..sbb diorang belum kenal nurul shafiqah yang sebenar..just kenal 7 bulan terus cakap mcm tu.. nurul shafiqah yang aku kenal jauh lebih baik dari tu.dia bukan saja lembut tapi dia cukup tegas.tapi dia jarang menunjukkan ketegasan dia.tegas dan lembut.very perfect.! 11 tahun kami berkawan.sejak umur 5 tahun lagi. insyaAllah aku cukup kenal dgnnya.dan dia juga cukup kenal dgn aku. sorang xder maka diam la kami.. xder la mulut cot-cet cot-cet..hehe.sehari x jumpa sampai sejam telefon mengalahkan org bercinta. aku and eyqah dua-dua xder pakwe tapi dua-dua suka cakap pasal masa depan..aku nk husband gini,aku nk boyfriend gni..aku nk yang pilot,aku nk yg nama adam mukhlis,aku nk yang yg nama ryan ameer..haha.. mcm2 kerenah. tapi org x thu semua tu..just kami dua org jea..hehe..

nak citer kenangan terlalu byk. tu belum lagi skolah rendah.masa year 6 setiap hari eyqah akan datang umah aku n then kita study.budaya ni kitaorang bawak sampai skrg cuma skrg bkn setiap hari la..lepas pukul 5.30 kitaorang akan turun main basikal.aku gendong(bonceng) eyqah.. setiap kali tunggang basikal msti cakap 'kami geng-geng basikal'..haha.satu hari tu entah mcm mana la..eyqah jatuh dri basikal..aku x prasan langsung eyqah xde kat belakang.al-maklum la kurus sgt..hehhe..sedar2 tu rasa ringan lain mcm jea basikal.. abis melecet lutut eyqah..lepas tu kami jarang dah main basikal..alhamdullilah.usaha kami berhasil dua-2 dapat 5A UPSR..n then naik sekolah menengah kitaorangs atu kelas sampai skrg..masa form 3,PMR eyqah dpt 9A n  aku dapat 8A 1B..hehhe memang padan la dengan usaha aku ni.. tapi alhamdullilah..dua-dua masih dlm kategori cemerlang..bila naik form4 sekelas lagi 4 alfa..hope thn depan dua-2 stay dlm 4 alfa.

lurve jaga diri elok2 erkk.. xleh tulis pjg2 nanti org boring..hehhe..jom tgk gmabr yuop..! jangan marah kalau ade aku letak gambar time belum matured..ahhaha..

form 1..hahahha
f0rm 2..4 budaak berkaca mata..hehe

f0rm 3.
form 4..hehhe
ok assalamualaikum.

genap sebulan

Bismillahirahmanirahim..
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

1.6.2012-1.7.2012.. genap sebulan pemergian mok kembali ke rahmatulAllah.. Dari Allah kita datang,kepada Allah jualah kita kembali.terasa terlalu cepat masa berlalu. bagaikan ternampak-nampak lagi bayangan mok ketika mok senyum,ketika mok makan,ketika mok tidur,ketika mok bercakap dan terlalu banyak ketika kalau nak dihuraikan satu persatu.walaupun aku tidak banyak kenangan masa kecil sepert abang2 aku angah abe cik tapi aku agak rapat dengan mok sebab aku boleh dikira cucu perempuan pertama mok dengan ayah.yang lain bru berumur 10-1 tahun.

dua tahun lebih mok tggl dirumah kami meninggalkan terlalu banyak kenangan manis.sehinggakan aku buleh athu aktiviti seharian mok.yang pasti cerita indonesiannya tidak pernah miss..hehe..mok..mok.. mok tahu pasal cerita indon pum dari aku. citer anugerah,puteri yang ditukar n cerita paling mok minat nabila. aku pulang dari sekolah pukul 2.15ptg pastinya mok berada di depan tv bersama-sama dengan tukang pengulasnya yang setia,kak da(orang jaga mok). lepas abis cerita tu bru mok akan pegi makan nasi, kadang-kadang makan bersama aku dan ma.pada waktu petang,5.30-6.30ptg pula sekali lagi mok dan pengulasnya, setia depan tv utk tgk citer indon siri ke-dua.Antara part yang paling aku suka masa pukul 6.30-7.00 mok akan duduk kat beranda rumah  utk tgk aku,abe yie,aje n apih main badminton.mok x turun pom kat bawah sebab x larat katanya. mok terkadang tersenyum melihat aku dan adik beradik bermain.tiap-tiap malam mok akan solat magrib dalam biliknya dan duduk atas tikar sejadah sampai lah azan isyak berkumandang dan terus menunaikan solat isyak.padan la kate abe cik,mok meninggalkan kita semua saat seluruh masjid terdekat melaungkan azan isyak,sungguh mok meninggal dalam keadaan yang cukup senang.Alhamdullilah.

aku jugak masih ingt ayat terakhir mok bercakap dengan aku 25.6 seminggu sebelum mok xdop.mok mintak aku ambilkan nasi dan air untuknya.ketika itu mok dah mula lemah.mok hanya duduk atas kerusi,petang keesokannya mok dimasukkan dlm hospital.Alhamdullilah sekali lagi aku mengucapkan syukur,kerana aku diberi peluang untuk menunggu mok dengan ma selama seminggu sepanjang mok dlm hospital.tiap kali aku jenguk mok dlm wad ccu pastinya akan mengalirkan air mata sebab x sanggup tgk mok yang bersirat dengan wayar. hurmm nampak sgt la aku ni xde bakat nk jadi doktor.x tahan tgk wayar yang bersirat dan jarum.tiap kali pegi jenguk mok juga aku pasti menyentuh tubuh mok x kira kaki,tangan,lengan.mok meninggal pada hari jumaat lebih kurang pada pukul 8.45mlm.Alhamdullilah mok meninggal dirumahnya seperti yang dingini sebelum ni.kubur mok dekat sgt dengan bilik mok.sampaikan aku tidur diruang tamu rumah mok buleh dgr abang-abang sedang baca yasin di kubur.

tanpa sedar dah sebulan mok meninggalkan kami.terasa baru semalam aku tidur di hospital tunggu mok,terasa baru semalam aku tgk mok di ccu,terasa baru semalam aku membaca yassin di wad ketika mok kritikal,terasa baru semalam aku melihat mok.mok ct rindu sgt mok.banyak benda yang buat ct ingt kat mok. masa mok masih sihat,mok selalu datang ngan ayah ptg2 pastu mok msti bawa goreng pisang dan yang pastinya ade coklat dlm purse mok.mok akan pggl kami adik bradik n bahagi kan coklat tu.mok jugak ade tanya aku haritu 't nak gapo hadiah dpt 8A pmr' masa tu ct malu-malu nak jawab tapi skrg ct tahu dah ct  nak ape mok. ct nak mok.sbb kalau mok ado mama xkan sedih mcm skrg.mama mesti xkan berubah jadi mcm sekarang. ct bukan sahaja kehilangan mok tapi ct jugak kehilangan mama.mama dah x seceria dlu mok. mungkin abang-abang x perasan sbb semua belajar luar pada kelantan.tapi ct tiap-tiap hari tgk ma dan duduk dgn ma.terasa sgt sunyi sekarang.suasana rumah dah x macam dlu.mungkin ma masih perlukan masa.tapi aku jugak tahu kematian ni Allah dah tentukan.x kan cepat atau lambat walaupun sesaat.ct doakan mok tenang disana.

kalau nak cerita satu persatu kenangan bersama mok mungkin tidak ada penghujungnya.aku berhenti sampai disini.insyaAllah lain kali sambung lagi...

YA ALLAH,YA RAHMAN YA RAHIM,ENGKAU TEMPATKAN LA MOK DITEMPAT ORANG-ORANG YANG BERIMAN..AMIN..AMIN..YA RABBALALAMIN..



rindu mok sgt2..

ct nak pergi boleh..???

salam...

lukisan budak-budak..

bestnya kalau dpt g pulau kan.. (n_n)

~surat cinta~

assalamualaikum..!!

perghh..~ wahh entri.. suspen betul.. entri berani mati nampak..! kalau baca dek abg2 aku kompem kena masuk bilik utk buat siasatan.. ok2 relax dlu k abang2 ku yang tercinta.. ni kisah dlu2 la.. bkn sekarang.. sekarang dah matured..
biasa la budak-budak baru nk kenal erti hidup kan.. sekali tersangkut pulak ngan perasaan yang x sepatutnya ada ni..
masa kita budak-budak mesti ado gosip yang liar-liar kan.. couple sana couple sini.. hehe tapi aku x mcm tu k.. aku x pernah couple cuma kena gosip tu pernah la..

4 tahun yang lalu..

'alala..senyum sorang-sorang ingt kat tut..tut ke..???' tanya amalia..seorang kawan yang suka mengusik dan suka berpantun.. pantang ada peluang sure tulis surat menggunakan pantunnya..

aiyseyh man..mane ada..dah ingt bnda lucu msti la tersenyum.. apelah kau ni malia..!' marah aku.. amalia terus bagi aku surat.. 'nah ambek la orang tu bagi' aku terus baca surat tu.. dah.. sah-sah.!! kerja amalia la ni.. mana taknya.. dgn tulisan yang besar2 aku dah tahu tu tulisannya dan dengan pantunnya, menguatkan lagi firasat aku..

kali ni dah masuk kali ke-7 amalia hantar surat dengan pantunnya.tahu sangat aku dengan perangai dia.. ramai orang salah anggap aku dengan sorang budak laki2 tu disebabkan keakrapan ku dengannya.. tapi sumpah.. aku x pernah ada ape2 pom dengan dia..nama lagi budak-budak kan.. budak-budak yang baru berumur 12 tahun.mana nak tahu pasal cinta cintun nie. he he he

selepas waktu rehat..

'siti..!!! aku nk bagi kau benda.. tapi janji jangan buang sampai bila2 yea..biar jadi kenangan..' aku yang terpinga-pinga hanya mengangguk dan mengiakan.. eyqah(bff) dan nabilah terkekek-kekek ketawa..

'nah..!! janji tau jgn buang. baca la cepat.' aku hanya menurut lantas membaca surat itu.. hampir terkeluar bijik mata aku baca surat tu..mana taknyer.. siap tulis raja sehari.. siti fatimah el-zahraa dengan tut..tut(xleh ckp).. hailah.. kawan punya pasal terpaksa la aku simpan..sampai sekrang..



selepas 4 tahun (tingkatan 4)

'ma..!! ma bukak ke kotak ni..??' aduhai rasa nak tercabut jantung aku bila tengok ma tengah baca surat2 masa sekolah rendah.. lantas ma berkata 'hah,ambil kotak ni.. hurm..penuh surat dari tut..tut..surat jemputan pun ada'

preng.! wah.....! raso nk pecah muka aku ni malu sgt..alahai.. tapi nak buat macam mana kan.. benda dah jadi..lagi pum tu cerita lama..
terasa lucu pulak bila teringat kekawan masa sekolah rendah.. terlalu banyak kenangan.. miss u all students 6 sejahtera..

p/s- buat bonda jgn salah paham yea ma pasal surat2 dlm kotak tadi.. semua tu gurauan semata-mata..
kekanda-kekandaku yang tercinta jugak jgn salah faham yea.. tu semua masa budak2.. sekarang x buat dah mcm dlu. he he he

salam maulidul rasul



Assalamualaikum..


kelahiranmu membawa sejuta erti,


menghancurkan benteng kejahilan,


membina sinar kebenaran,


memadamkan detik kegelapan,


memancarkan cahaya keimanan,


memusnahkan api halal sembahan,


menuntun insan ,engEsakan Allah


semoga kita dapat meneruskan perjuangan RASULULLAH S.A.W untuk menegakkan agama Islam di muka bumi Allah ini.. InsyaAllah.. (n_n)

perbezaan..

Salam..

pernah x kita terfikir setiap orang yang ada atas muka bumi ni semuanya berbeza.?
berbeza dari segi cara hidup,cara dididik, cara berkomunikasi,cara berfikir.. dan banyak lagi benda yg berbeza.. seakrab mana pom kita dengan seseorang (kawan karib) itu,antara kita dan dia tetap mempunyai banyak perbezaan..

semakin ramai org yang kita kenal,semakin kita tahu bhwa orang yg berada disekeliling kita sungguh berbeza cara hidupnya..mungkin baginya perkataan yg diungkapkan adalah satu ungkapan yg biasa tapi tidak utk kita.. Disebabkan perbezaan ni jugak berhati-hati la bila mengeluarkan kata-kata..


berfikir sebelum berkata-kata,jangan berfikir sesudah berkata-kata sebab

sebelum perkataan keluar kita punya,apabila sudah keluar org yg punya..

Dari kata-kata juga kita akan mendapat ramai kawan dan juga musuh.


(n_n)

sama-sama kita ubah

salam..

..semoga Allah sentiasa melindungi dan melimpahi rahmat kpd kita semua..

pasti ada penyelesaian.

salam
~masalah~

setiap org pasti ada masalah.

sama ada kecik ataupun besar.

and setiap masalah tu perlu dikongsi dgn org yg kita percaya.

dgn cara tu kita akan rasa lebih tenang.


tapi yang pasti kita perlu mengadu dan mohon pertolongan daripada-Nya.

setiap permasalah tu ada penyelesaian.

sebesar mane pum masalah tu tawakkallah kpd Allah.

sesungguhnya Allah lebih

mengetahui apa yg terbaik..

hepi b'day..!!!

salam..

hepi org tua...

hepi org tua...

hepi org tua to ct..hepi org tua..

hah...lagu ni khas utk cik sie-tiey k..jgn try2 nk curi..okey...

hepi b'day to me..tapi bkn arini k tapi marin..


cukup dah umur aku 15 tahun..

Alhamdullilah sbb DIA masih mengurniakan umur yg pjg kat aku...

aku nk ucapkan tq utk bonda n pa..sbb tanpa mereka tiadalah aku diatas muka bumi ini.

tq sbb dah lahir kan aku.

tq sbb dah jaga aku sampai aku besar.

tq sbb didik aku.

tq sbb selalu marah kat aku tiap kali aku buat salah.

tq utk semuanya...


biasa klu b'day org akan t'pikir hadiah kan..hah..nie lah part yg paling aku suka.. ~suka..suka..suka~ jom kita skoda2 tgk gamba..hekhek



from eyqah



from wanie khan


from sara



from yah





from ena


*-semoga aku menjadi lebih matang lepas nie..hekhek


salam...

seperti sebuah roda..

salam..

ceee waahh..
bunyi cam ayat berbunga2 pulak tajuk aku nie an..
bunga nie byk jenis sebenarnya,
ade bunga ros,mawar,orkid..
okey..okey..drpd aku terus membebel x tentu pasal baik kita fokus topik kat atas tu..



~seperti sebuah roda~
hurmm..
ape itu seperti sebuah roda..??
aku pasti semua org slalu dgr pepatah ni..
kehidupan nie umpama sebuah roda..
yang selalu berputar2..
yang pasti kada kalanya berada d'atas
and
ada kalanya berada dibawah..



klu time roda tu berada kat atas memang best..
tapi klu time roda tu berada di bawah pastinya rasa sakit..
sebab tu la..
time kita berada di atas jgn lupa utk tgk org yg berada dibawah
n time kita berada dibawah jgn pernah kita putus asa..
sbb satu hari kita pulak yg akan berada diatas..


so,the conclusion is....
kita kena sentiasa bersedia bila2 masa jea utk berada di bawah..
sbb klu kita sentiasa diatas dan x pernah jatuh
kita akan rasa sakit bila kita diuji dgn kejatuhan kita..
jatuh sekali x bermakna kita dah x buleh bangkit,right..??
walau ape pon berlaku jgn pernah give up n menyalahkan takdir..
Allah sentiasa bersama kita selagi kita x menjauhkan diri dariNya..



tahniah kekandaku...

salam..

muuuu ahhhh..!!
syukur + hepi + tak terkata..
first,Alhamdullilah syukur kpd-Nya sbb dah makbulkan doa kami sekeluarga.
second,congrate for my brother..
tahniah sbb dah dpt result SPM yang agak memberansangkan..
tahniah..tahniah..tahniah..!

okey..okey..jom kita imbas balik hari nk keluar result tu..
hari sblm tahu result tu abe yie dah pon g MRSM Kuala Berang..
hari tahu result tu memang la debar..
teramat-amat debar..
aku nk bljr pom rase x tenang
bljr jap pastu tgk jam,pastu g cari bonda tkt result dah tahu..
x silap aku..aku g cari bonda sbyk lima kali tapi
kelima-lima kali tu x tahu lagi result..
sampai la kul 11pagi aku nk g tandas.
tetibe jea ade org pggl aku..
tgk2 bonda menangis n datang kat aku peluk aku..
dalam hati
'mak aii y bonda nangis nie..klu org nangis ade dua sbb jea..
satu terlalu hepi n satu lagi terlalu sedih..
haishh suspen tul'

then,cepat2 aku tanya

cik siet-tiey:tahu dah kew result abe yie,
bonda:dah..
cik sie-tiey:brape2.?
bonda:8A 1B..
cik sie-tiey:alhamdullilah..ok la tuh..dah tu y ma nangis..??
bonda:ma sian ko abe yie dpt 1B..
cik sie-tiey:ishh y pulok gitu..ok la tu..dah2 nangis(dgn gaya anak solehah)hek3..

lepas tu baru la aku blh bljr ngan selesa n ngan hati yg lega..
hekhek..


poyo tul lar..











mengumpul kekuatan...::

salam...

dah pon pkl 1.00 pagi..bonda pom dah tidur..masa tgh buat homework tadi tringat semua yg b'lalu selama 3 bln nie..lepas abis study tgn aku nie gatal sgt nk petik2 keyboard nie..cpt2 on comp sblm nk masuk tidur..zZz..



cepatnya masa ni berlalu..
rasa baru semalam aku bersiap2 ke sklh utk hari pertama..
rasa baru semalam g shopping2 ngan family utk beli brg sklh..
rasa baru semalam abe cik kate
'belajar sggh ti..esop(2011) ct dah tg.3 thn ct PMR'..
rasa baru semalam aku membuat azam utk thn baru(2011)..
tapi rupa2 nya dah nk masuk 3 bln kita di thn 2011..
minggu dpn aku dah pon nk exam utk pkbs 1..



setakat nie alhamdullilah aku tidak lagi diuji dgn bnda2 yg berat..tapi aku juga takut kiranya
aku lalai kpd-Nya..mitak dijauh..dalam kesunyian malam aku tringat semua nasihat org sekeliling bagi nasihat kat aku..nasihat yg amat2 berguna & sesuai buat masa skrg..
org yg paling setia bagi nasihat kat aku ialah kekanda-kekanda aku n kwn2..


terima kasih utk abe cik sbb tiap2 minggu telpn
n tanya psl keadaan aku..
nasihat paling aku ingt dari abe cik ialah

'jangan kita menyusahkan org lain nescaya org lain x akan menysahkan kita'

n pagi tadi awal2 lagi ade msg msk inbox n nie lah msgnya dari abe cik jgk..

bila kau letih dan hlg bersmngt,
Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya kau,
bila tangis kau berpanjangan dan hatimu kedukaan,
Allah telah mengira titisan air mata kau,
bila kau rasa ketinggalan & masa meninggalknmu,
Allah tetap bersama mu.
bila engkau kebuntuan akal,
maka Allah adalah petunjuk jalan.
apabila engkau telah berazam,
maka BERTAWAKALLAH pada Allah..
ALLAH IS ALWAYS ON OUR SIDE...

terima kasih..terimah kasih..n terima kasih..
aku amat perlukan sokongan n dorongan buat masa skrg..
aku perlukan..ma,pa,abe2 n kwn2..

harap sgt result exam mggu dpn x mngcwa kan..hukhuk..
tawakaltulaAllah..
okeh..aku nk pi zZzZ dlu..
gud nite..

salam dari aku..ngeh3





hayati lah sahabat-sahabatku...

salam..

~cinta~
sebesar ini kah cinta kita kpd seseorg itu...
sebesar itu kah pengorbanan cinta kita kpd seseorg itu..

faham betul2 n hayati betul2 video ni..
baru la kita tahu ape itu cinta sebenar..hukhuk

salam dari aku..~ngeh3~..

dimanakah KITA..???

salam..kali nie kita akan membincangkan tentang dimanakah islam..hakhak..over la pulak aku nie..bkn..bkn..kali nie nk ckp sal KITA yg beragama islam..bkn niat aku utk mengatakan yg aku nie warok o alim o ape2 jelah..sbnrnya klu bab2 pendidikan agama nie aku meme lemah n x layak nk b'ckp byk2 sal agama nie..n tujuan aku adalh utk muhasabah diri aku sndiri..

okey..back to the topic..~dimanakah kita..~



dimanakah kita sekarang sbagai seorg umat islam..?

dimanakah keimanan kita sbagai seorg umat islam..?

dimanakah rasa malu kita sbagai seorg umat islam..?

dimanakah maruah kita sbgai seorg umat islam..?



terlalu ramai skrg org x pakai tudung..
terlalu ramai yg bersentuhan antara lelaki-prmpuan w/p bkn muhrim..
terlalu byk berlakunya zina..
terlalu kerap berlaku pembuangan bayi..


sedih..sedih sgt bila tgk org terdekat ngan kita..org yg sama darah dgn kita..dgn senangnya
menunjukkan aurat dia kpd org bkn muhrimnya..tanpa memakai tudung..memakai pakaian yg teramat-amat ketat..menunjuk susuk badan nya kpd org lean..tanpa segan silu menyentuh dgn org yg bkn muhrimnya..astagfirullah..


susah sgt ke nk pakai tudung..pakai..pakai..
susah sgt ke utk menahan nafsu utk x bersentuhan dgn org bkn muhrimnya..

perasaan malu menyerang diri aku bila tgk saudara aku sndiri yg mendedahkan aurat dia..
x ke dia rasa malu..??
harap2 satu hari nanti DIA akan sedar dgn kslhn yg dia buat..
mitak dijauhkan dari aku n org2 yg aku sayang..


~tutup aurat~
x bermkna perlu menutup seluruh tubuh badan..
x bermkna perlu memakai jubah yg labuh..
x bermakna x payah ckp ngan bdx lelaki@ perempuan..
yg perlu hanya la mengikut syarat2 yg ditetapkan..
rambut..
tubuh badan yg tertentu..
perlakuan..
demi Allah aku x ade niat nk tunjk bgs..cuma semua yg aku cerita tu bnde yg betul2 berlaku..
(renung-renungkan dan selamat beramah)hekhek..
salam dari aku..~ngeh3~

dilema ketakutan

salam..uumm kali nie kita akan berkongsi rasa takut..takut dgn ape..??? takut dgn perkataan ~sunat~ atau kata len berkhatan...huk..huk.. dalam masa beberapa minit lagi adik2 ku yg tersayang akan dipotong...iisshh
bkn adik2 aku yg nk dipotong tapi diorang punya tu yg akan dipotong..(faham2 la yea)
adikku azam n apih..kakak harap bersabar yea..bkn sakit pon..rase mcm kena gigit kat semut je.. heheh tahu2 je aku nie..all the best..hahhah..



menunggu saat gentir..!
~azam~
*-hari nie mungkin dah lebih dua puluh kali masuk keluar tandas disbbkan terlalu nervous..
uumm aku sbnrnya risau gak sbb mak eyqah kate klu org skmo tubik masuk tnds nie kencing manis..harap2 jgn lah ada penyakit len pulok aje yea..kebiasaan nye mkn paling byk klu pi kat kfc tapi nie x abih pon seketul ayam..n byk bertanya bnda2 yg aneh kat bonda ku..hukhuk..

~apih~

*-relax n steady..siap abih 2 ketul ayam kfc n sepinggan nasi ayam..n belum lagi dipotong dah tanya..'ma buleh dop apih nk mkn daging,ikan,ayam,udang masa apih sunat'.. muke slamba giler..takde sikit pon muko takut..bagus2


ok2 nasihat kakak..jgn nangis2 time kena potong tu sbb kata nenek aku org nk lahirkan baby lagi sakit..lagi pon org laki2 nie sakali dlm hidup..hahahhahaha.



all the mat aje n apih..
salam dari aku..ngeh3..

rEaDy...!!

salam..diumumkan exam akhir tahun pada tahun nie jatuh pada hari bulan....deng deng.....
8.11.210..iaitu hari sama dgn jamuan pengawas..uhhh..stress tul aku..ok...my first my mum x bagi g jamuan tu tapi pujuk punya pujuk akhirnya dapat gak pergi..tapi bondaku telah bagi syarat la..
klu nk pergi kena study from now...oooooooooo men..!! now pon now la..nak pergi sana punya pasal..

jadi aku,eqah,ainaa,yah n bihah telah menbuat kptsn utk membuat study group pada waktu petang selepas balik sekolah..letih atau tidak..??? fuhh..memang aku akui memang letih..dah biasa balik sekolah santai santai dulu..tgk tv dulu..pastu klu ngantuk tido..ni nk tido camne..tapi
it's ok demi kejayaan aku sendiri gak..klu aku belajar aku yg dapat ilmu..

dalam study group nie..ainaa dijadikan sebagai teacher,cikgu,ustazah n ketua study group..
thanx na dah nk ajar kami semua..hakhak..(kawal hidung ainaa)..tapi ape2 pon..semoga kami semua kekal dikelas 3k1 tahun depan n bihah naik kelas..amin...
minta2 lah budax 2k1 tahun nie x de yg turun kelas tahun depan..

salam dari aku..-ngeh3-